Guru and Pengikut Swami_Vivekananda

Pada pertemuan pertamanya dengan Sri Ramakrishna, Narendra mengajukan soalan yang beliau telah tanya kepada ramai orang-orang alim – “Bolehkah manusia melihat Tuhan?” Lantas, SriRamakrishna menjawabnya: “Ya, Tuhan boleh dilihat sama seperti saya sedangmelihat kamu dan bercakap dengan kamu, tetapi dengan lebih jelas lagi. Siapakah yang mahu melihat dan bercakap kepada Tuhan? Demi isteri, anak-anak, wang, dan harta benda, orang menderita dan mencurahkan air mata – tetapi siapakah yang menangis untuk melihat Tuhan? Jika benar-benar seseorang ingin untuk melihat Tuhan dan menyeru-Nya, Tuhan akan pasti mendedahkan Diri-Nya kepada orang itu.” Kesungguhandan kejujuran di sebalik kata-kata ini menyentuh hati Narendra. Pertamakali dalam hidupnya beliau berjumpa dengan seorang yang dapat mengakui bahawa manusia boleh melihat Tuhan. Beliau juga berasa tertarik dengan kesucian dan sifat polos Sri Ramakrishna.

Narendra mula melawat Sri Ramakrishna di Dakshineshwardengan lebih kerap. Pendidikan moden Inggeris telah memberinya pemikiran yang kritikal dan beliau tidak menerima sesuatu tanpa bukti.Narendra menerima Sri Ramakrishna sebagai gurunya hanya selepas mengujibeliau sepenuhnya. Sri Ramakrishna sendiri sering menguji Narendra untuk memastikan bahawa beliau ialah instrumen yang sesuai untuk menjalankan tugas yang beliau akan serahkan kepadanya. Dengan mata rohaninya, Sri Ramakrishna menentukan bahawa Narendra ialah jelmaan Rishi Nara yang telah lahir demi kebaikan dunia.

Kematianbapa Narendra pada tahun Februari 1884, menukar nasib keluarganya. Saudara-maramereka cuba untuk menghalau keluarganya dari rumah pusaka mereka. Narendraterpaksa menanggung beban keluarganya. Usahanya untuk mencari pekerjaan jugatidak berjaya. Pada mulanya, beliau meragui kewujudan Tuhan yang nampaknya tidakmendengar doanya. Hanya kepercayaannya kepada Sri Ramakrishna memberinyakekuatan.

Seterusnya,pada tahun 1885, Sri Ramakrishna jatuh sakit dan berpindah ke Kolkata dankemudian ke sebuah rumah taman di Kasipur. Narendra dan beberapa orangpengikut muda mengambil tugas menjaga guru mereka. Di Kasipur, keinginan Narendra untuk mengalami Nirvikalpa Samadhi berhasil. Semangat pelepasan Narendra dan saudara-saudara segurunya meningkat ketika berada di sini. Ketika ini juga, Narendra, Tarak dan Kali melarikan diri ke Bodh Gaya untuk melakukan disiplin rohani. Namun, atas beberapa sebab, selepas tiga hari, mereka kembali ke Kasipur. Tidak lama kemudian, Narendra dan beberapa orang lain menerima kalungan rudraksha dan kain jingga rahib daripada Sri Ramakrishna. Ini menandakan bahawa Sri Ramakrishna sendiri merestui mereka untuk menjadi rahib. Demikian, lahirnyaRamakrishna Sangha (gabungan pertubuhan kembar yang dikenali sebagai Ramakrishna Math dan Ramakrishna Mission . Sri Ramakrishna juga memberikan amanat kepada Narendra untukmembimbing rahib-rahib lain selepas kematiannya.

Rujukan

WikiPedia: Swami_Vivekananda http://hikayatvivekananda.blogspot.com http://hikayatvivekananda.blogspot.com/ http://leonine-vivekananda.blogspot.com http://vivekanandabio.blogspot.com/2015/04/ucapan-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://www.ramakrishnavivekananda.info/vivekananda... http://vivekananda.net/photos/1893-1895TN/pages/ch... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p177285974